Yusrinna Homestay

SELAMAT DATANG KE HOMESTAY YUSRINNA,LUMUT, PERAK.

Homestay ini menyediakan keperluan penginapan yang selesa dan sesuai untuk percutian anda sekeluarga yang ingin ke Pulau Pangkor dan Teluk Batik Lumut, Perak. Lokasi  dan kedudukan homestay ini sangat  strategik kerana sangat berhampiran dengan pantai &Terminal Jeti Lumut-Pangkor, Lumut Waterfront, Taman Permainan kanak-kanak di Marina Wing Lumut.
Homestay ini juga tidak jauh daripada Pantai peranginan Teluk Batik.  dan Marina Island, Lumut.


Yusrina Homestay merupakan kediaman rumah teres  dua tingkat  yang terletak di Pusat Pelancongan & Bandar Maritim, Lumut, Perak.










































Yusrinna Homestay menyediakan 3 bilik tidur. 

Bilik Utama di tingkat atas dilengkapi air-cond dan kipas siling
1 katil queen + almari pakaian + cermin + meja sisi








Bilik kedua di tingkat atas juga dilengkapi air-cond dan kipas siling
1 katil queen + almari pakaian + cermin + meja sisi

   





Bilik ke 3 di tingkat bawah dilengkapi kipas dinding.
1 katil superking  single + almari +cermin  + meja sisi






Ruang tamu yang dilengkapi sofa moden, meja kopi, TV LED & Astro, Kipas siling, kipas portable, Radio, Rak dan Majalah      






Ruang makan sekeluarga yang dilengkapi  kipas siling, meja makan marble dan 6 buah kerusi.




Dua bilik air yang luas yang.
Bilik air di tingkat atas mempunyai water heater, cermin, baldi, sabun mandi./bath shower
    



Bilik air di tingkat bawah juga dilengkapi dengan water heater, cermin muka, baldi dan sabun mandi/bath shower



Ruang dapur pula dilengkapi dapur masak 2 tungku, tong gas, peralatan memasak, pinggan mangkuk, peti ais , periuk nasi, pembakar roti, mikrowave, cerek elektrik, blender dan mesin basuh automatik.




Bilik kecil untuk ruang solat dan seterika baju.
Sejadah dan telekung juga disediakan di setia bilik tidur
   

  

    
Ruang santai.
Set meja dan kerusi batu di luar rumah dan ampaian pakaian. parking berbumbung.



Kemudahan lain yang disediakan.

Seterika dan iron board untuk menggosok pakaian. Menyediakan BBQ set, tuala, toto dan bantal extra sekiranya diperlukan.